FORUM KWHAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PENGENALAN KELUARGA

+2
ajaxs88
jaisjun
6 posters

Go down

PENGENALAN KELUARGA Empty PENGENALAN KELUARGA

Post  jaisjun Mon Jan 12, 2009 9:27 am

Assalamu'alaikum semua yang membaca Forum KWHAM ni,

Saya, Haji Mohamad Jais bin Abdul Rahman lahir pada tahun 1954. Lulusan Diploma Kejuruteraan Awam, UTM tahun 1976, B.Sc. in Civil Engineering, Uni. of Brighton, UK tahun 1980 dan Post Graduate Diploma in Water Resources Technology, Univ. of Birmingham, UK tahun 1984.
Nama isteri, Puan Junaidah Binti Jurami lahir pada tahun 1958. Lulusan bidang Kejururawatan. Sekarang suri rumah sepenuh masa (sejak 1991).

Nama anak-anak:
1) Ain sakinah Adilah, lahir tahun 1982, lulusan B.Eng. (Hons.) Electrical and Computer Engineering, Uni. of Portsmouth, England.
2) Ain Alsyaqireen, lahir tahun 1985, lulusan B.HSc. (Hons.), Uni. Islam Antarabangsa (UIAM), sekarang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Masters) di UIAM.
3) Ain Sarah-Atiqah, lahir tahun 1988, sekarang di tahun 2 Jurusan Bachelor Sains Matematik, Universiti Malaya.
4) Mohammad Muqsit Muizz, lahir 1993, Tingkatan 4, Sekolah Menengah Bukit Maluri, KL.

Nak tahu lagi?.....
Saya, cucu pertama yang...
1. Belajar di IPTA
2. Belajar di luar negara, (Walau pun cuma SEKOLAH MELAYU......TAK PERNAH SEKOLAH INGGERIS...Tak pernah sekolah Asrama penuh...cuma sekolah kampong saja).
3. Menjadi Jurutera.

Saya dari keluarga susah, ibu dan bapa sebagai buruh kasar di ladang sekitar kampong, saya pernah bekerja di ladang semasa kecil, ikut ibu, bapa, datok Haji Abdullah Mukri dan paman Haji Salamon semasa cuti sekolah atau universiti. Hampir putus leher apabila Arwah Haji Nor menebas rumput dalam parit di Ladang Bukit Badong, pernah kena langgar kereta di persimpangan Kg. Bukit Badong tahun 1967 (tapi Allah panjangkan umur). Pergi sekolah di Bistari Jaya (Btg. Berjuntai) naik basikal tanpa brek dan wang saku...Sedih bila teringat masa tu ...Alhamdulillah, Arwah Paman Haji Maulan menjadi sumber kekuatan....Belikan buku pelajaran dari Tingkatan 1 hingga 3, kalau tidak kerana dia, mungkin saya tidak seperti sekarang ni...Semuga Allah mencucuri rahmatNya kepada semua Arwah-Arwah Datok, Nenek, Paman2, Bibik2 dan semua ahli KWHAM dan sekian Muslimin dan Muslimat yang telah pergi lebih dahulu dari kita, AMIIINNNNN...

Sekarang....Bertugas di Johor Bahru dengan sebuah syarikat swasta sejak tahun 2005 dan akan menetap di JB sehingga pencen (umur 60), berhenti kerja atau meninggal dunia, mana yang terdahulu....
Dulu-dulu....Pernah kerja dengan Kerajaan selama 5 tahun di Banting, Shah Alam, Sepang dan Kuala Lumpur. (Letak jawatan tahun 1985), kerja dengan Kumpulan Guthrie (Estate), terlibat dengan pembinaan KLIA (Jurutera Perunding), pembinaan Hospital Sultan Ismail (JB) dan Hospital Sungai Buloh. Sekarang buat Highway dari Senai ke Desaru...

Kalau ke JB, dijemput singgah rumah, boleh round2 JB makan mee rebus istimewa, roti Pool Haji, otak-otak dsbnya...Talipon 0123340407.

Sekian, serba sedikit tentang diri saya yang lemah ini.

Wassalam.

jaisjun

Posts : 6
Join date : 2008-11-19

Back to top Go down

PENGENALAN KELUARGA Empty Re: PENGENALAN KELUARGA

Post  ajaxs88 Mon Jan 12, 2009 1:36 pm

Dan saya rasa pencapaian Abang Jais ini juga menjadi inspirasi kepada kami yg lain.. Exclamation
ajaxs88
ajaxs88

Posts : 21
Join date : 2008-10-25

Back to top Go down

PENGENALAN KELUARGA Empty Re: PENGENALAN KELUARGA

Post  jaisjun Mon Jan 12, 2009 2:37 pm

Razak,

Minta minta gitulah, supaya anak-anak kita dan generasi muda tahu bahawa kejayaan bukan datang menggolek, tapi dengan usaha dan keyakinan diri sendiri.

jaisjun

Posts : 6
Join date : 2008-11-19

Back to top Go down

PENGENALAN KELUARGA Empty Re: PENGENALAN KELUARGA

Post  fifidada&co Wed Jan 14, 2009 10:45 pm

Waalaikumsalam...
Seronok baca sejarah... Kalau dpt dibukukan mesti best!!
fifidada&co
fifidada&co

Posts : 10
Join date : 2008-12-30
Age : 45
Location : Teluk Intan

Back to top Go down

PENGENALAN KELUARGA Empty Re: PENGENALAN KELUARGA

Post  Siti Mazita & Rahim Fri Jan 16, 2009 8:24 pm

Assalamualaikum semua,

Tahniah buat ahli kwham yg telah berjaya. Berjaya bukan semestinya mendapat gred tertinggi.... bagi saya kejayaan seseorang adalah berusaha untuk merubah hidup...dari keadaan yg susah kepada yang lebih selesa/senang. Abg Jais adalah antara idola dlm keluarga KWHAM selain daripada Arwah Hj Maulan..... saya amat bersetuju kesenangan bukan datang bergolek...perlukan pengorbanan..... sebenarnya ramai ahli keluarga kita yg telah menempah nama dlm sejarah di Bukit Badong.... cth ita dpt tahu, Bonda Sarkamah adalah orang pertama di kg ini yg berjaya mendapat Sijil Pelajaran Malaysia.... Keluarga Hj Abdullah Mukri, merupakan keluarga contoh yg terbaik....



insan kerdil
- ita -

Siti Mazita & Rahim

Posts : 10
Join date : 2008-10-28
Age : 54
Location : Loji Air Bukit Badong Fasa 1

Back to top Go down

PENGENALAN KELUARGA Empty PENGENALAN KELUARGA

Post  Fairuz86 Mon Feb 09, 2009 10:33 pm

Sangat setuju....walaupun saya sedang belajar sekarang....tp ad la buat kerja sambilan....walaupun belum berkeluarga tp dah rasa bahang susah tu....."NAK SENANG SUSAH, NAK SUSAH TU SENANG"
Fairuz86
Fairuz86

Posts : 3
Join date : 2009-02-09
Age : 37
Location : Shah Alam

Back to top Go down

PENGENALAN KELUARGA Empty Re: PENGENALAN KELUARGA

Post  ain_sakinah Mon May 25, 2009 12:17 am

Assalamualaikum...

Papa saya dah byk bercerita ttg kami..jadi tak payah la saya cerita lagi kan Smile

Cuma nya saya harapkan, keluarga warisan generasi ketiga, keempat dan seterusnya dpt meneruskan tradisi keluarga kita...
saya juga berharap agar pewaris-pewaris yang ada skrg dpt berkenalan dgn lebih rapat lagi supaya kita ni tak luput dek zaman...

jaisjun wrote:Assalamu'alaikum semua yang membaca Forum KWHAM ni,

Saya, Haji Mohamad Jais bin Abdul Rahman lahir pada tahun 1954. Lulusan Diploma Kejuruteraan Awam, UTM tahun 1976, B.Sc. in Civil Engineering, Uni. of Brighton, UK tahun 1980 dan Post Graduate Diploma in Water Resources Technology, Univ. of Birmingham, UK tahun 1984.
Nama isteri, Puan Junaidah Binti Jurami lahir pada tahun 1958. Lulusan bidang Kejururawatan. Sekarang suri rumah sepenuh masa (sejak 1991).

Nama anak-anak:
1) Ain sakinah Adilah, lahir tahun 1982, lulusan B.Eng. (Hons.) Electrical and Computer Engineering, Uni. of Portsmouth, England.
2) Ain Alsyaqireen, lahir tahun 1985, lulusan B.HSc. (Hons.), Uni. Islam Antarabangsa (UIAM), sekarang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Masters) di UIAM.
3) Ain Sarah-Atiqah, lahir tahun 1988, sekarang di tahun 2 Jurusan Bachelor Sains Matematik, Universiti Malaya.
4) Mohammad Muqsit Muizz, lahir 1993, Tingkatan 4, Sekolah Menengah Bukit Maluri, KL.

Nak tahu lagi?.....
Saya, cucu pertama yang...
1. Belajar di IPTA
2. Belajar di luar negara, (Walau pun cuma SEKOLAH MELAYU......TAK PERNAH SEKOLAH INGGERIS...Tak pernah sekolah Asrama penuh...cuma sekolah kampong saja).
3. Menjadi Jurutera.

Saya dari keluarga susah, ibu dan bapa sebagai buruh kasar di ladang sekitar kampong, saya pernah bekerja di ladang semasa kecil, ikut ibu, bapa, datok Haji Abdullah Mukri dan paman Haji Salamon semasa cuti sekolah atau universiti. Hampir putus leher apabila Arwah Haji Nor menebas rumput dalam parit di Ladang Bukit Badong, pernah kena langgar kereta di persimpangan Kg. Bukit Badong tahun 1967 (tapi Allah panjangkan umur). Pergi sekolah di Bistari Jaya (Btg. Berjuntai) naik basikal tanpa brek dan wang saku...Sedih bila teringat masa tu ...Alhamdulillah, Arwah Paman Haji Maulan menjadi sumber kekuatan....Belikan buku pelajaran dari Tingkatan 1 hingga 3, kalau tidak kerana dia, mungkin saya tidak seperti sekarang ni...Semuga Allah mencucuri rahmatNya kepada semua Arwah-Arwah Datok, Nenek, Paman2, Bibik2 dan semua ahli KWHAM dan sekian Muslimin dan Muslimat yang telah pergi lebih dahulu dari kita, AMIIINNNNN...

Sekarang....Bertugas di Johor Bahru dengan sebuah syarikat swasta sejak tahun 2005 dan akan menetap di JB sehingga pencen (umur 60), berhenti kerja atau meninggal dunia, mana yang terdahulu....
Dulu-dulu....Pernah kerja dengan Kerajaan selama 5 tahun di Banting, Shah Alam, Sepang dan Kuala Lumpur. (Letak jawatan tahun 1985), kerja dengan Kumpulan Guthrie (Estate), terlibat dengan pembinaan KLIA (Jurutera Perunding), pembinaan Hospital Sultan Ismail (JB) dan Hospital Sungai Buloh. Sekarang buat Highway dari Senai ke Desaru...

Kalau ke JB, dijemput singgah rumah, boleh round2 JB makan mee rebus istimewa, roti Pool Haji, otak-otak dsbnya...Talipon 0123340407.

Sekian, serba sedikit tentang diri saya yang lemah ini.

Wassalam.

ain_sakinah

Posts : 2
Join date : 2009-05-24

Back to top Go down

PENGENALAN KELUARGA Empty Re: PENGENALAN KELUARGA

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum